Monday, February 18, 2008

latihan kerjaya Dalam Pendidikan Khas

KAJIAN PERBANDINGAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI ANTARA
NEGARA MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT

1. PENDAHULUAN

Setiap negara yang wujud di dunia ini akan mengalami proses normal iaitu pertumbuhan yang pesat dari segi kadar pertambahan bilangan penduduknya dari semasa ke semasa. Sejajar dengan peningkatan populasi penduduk sesebuah negara, maka ia juga secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah golongan berkeperluan khas bagi sesebuah negara.

Berikutan pertambahan bilangan manusia di muka bumi ini, maka masalah pengangguran dan peluang pekerjaan akan menjadi lebih terhad, di sebabkan persaingan ini,
maka tidak hairanlah pihak berkuasa sesebuah negara berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menangani masalah tersebut dengan menyediakan latihan kerjaya dan bengkel-bengkel kemahiran sebagai persediaan asas sebelum seseorang terlibat ke alam perkerjaan seluruhnya sama ada bagi manusia normal mahupun orang kurang upaya (OKU)

Berdasarkan pendapat daripada kajian Klien dan Wiener (dalam Weinrach 1979) Super (dalam Brown & Brooks 1984), menunjukkan keselarasan kerjaya adalah suatu aspek penting dalam menentukan kepuasan, kebolehan pencapaian dan stabiliti.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, OKU bermakna : Individu yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh keperluan biasa bagi dirinya sendiri dan gagal untuk hidup bermasyarakat disebabkan kecacatan dari segi fizikal atau mental semenjak kelahiran ataupun kemudiannya.

Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (tanpa dikategorikan) (Hashim Omar 1991, Unit Pendidikan Khas, KPM).


2. GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Orang kurang upaya (OKU) atau golongan berkeperluan khas mengikut takrifan yang dipetik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2003) ialah seseorang yang tidak berupaya sendiri bagi memperoleh sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental yang dialami sejak lahir atau selepas lahir.


Mengikut Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), terdapat lima kategori golongan orang kurang upaya yang telah didaftarkan di bawah JKM iaitu kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya akal, kurang upaya anggota dan masalah pembelajaran.

3. KHIDMAT LATIHAN DAN BIMBINGAN KERJAYA

JKM menyediakan perkhidmatan untuk membimbing dan membantu OKU supaya mampu berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang turut serta menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara. Usaha pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan agar mereka dapat diintegrasikan ke dalam masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat 2004). JKM juga menyediakan pelbagai pusat latihan dan kemahiran agar golongan ini benar-banar bersedia untuk menempuh alam pekerjaan. Antara program-program yang disediakan untuk mereka termasuklah Program Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal, kemahiran berkaitan dalam bidang keusahawanan juga didedahkan bagi tujuan memudahkan OKU mendapat pekerjaan di sektor perkilangan, sektor swasta, kerajaan, bengkel terlindung atau bekerja sendiri. Selain itu, peraturan dan akta juga telah disediakan oleh kerajaan yang bertujuan untuk melindungi mereka.





3.1 PERATURAN DAN AKTA
3.1.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan di mana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta bagi OKU. Insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada 5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan, serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan. Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja OKU mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi menggalakkan keusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan OKU seperti bantuan kewangan bagi perniagaan kecil, pinjaman bagi modal, tapak perniagaan yang sesuai, kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan dan agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran mereka.

3.1.2 Polisi Kebajikan Kebangsaan 1990 telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian OKU di sektor swasta yang merupakan garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan OKU serta individu OKU itu sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja OKU bekerja di sektor swasta.

3.1.3 Potongan cukai berganda 1981 dan Peraturan cukai pendapatan 1992 kepada majikan mengambil OKU untuk bekerja. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibu bapa yang kurang upaya. Kerajaan juga telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.


Di bawah Akta pengangkutan jalan raya, Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada OKU. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah iaitu potongan sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi kepada OKU.

3.1.4 “Kod Amalan Akses Bagi OKU Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk OKU di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya untuk memastikan OKU ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam.

3.1.5 Skim Elaun OKU ini bertujuan menggalakkan mereka terus bekerja dan berdikari sebagai ahli masyarakat yang produktif dan berguna tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, sebagai penyenggaraan pendapatan (income mantainance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan, sebagai insentif atau perangsang bagi menggalakkan OKU minat bekerja dan berdikari dan dapat meningkatkan taraf hidup mereka sendiri. Berkuatkuasa Januari 2004, Kadar elaun RM300 seorang sebulan bagi pendapatan bawah RM700.

3.1.6 Melalui kemudahan Geran Pelancaran, JKM juga membantu OKU yang ada kemahiran dan pengetahuan tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700. Skim ini bertujuan menggalakkan penerima bantuan supaya
tidak bergantung kepada bantuan bulanan lagi dan menggalakkan golongan miskin atau termiskin supaya bermuafakat, bekerjasama bagi faedah mereka di bidang ekonomi supaya taraf hidup golongan itu dapat ditingkatkan.

3.1.7 Waktu bekerja bagi pegawai perkhidmatan awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya dibenarkan menggunakan waktu bekerja biasa untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak mereka dengan syarat masa yang digunakan itu digantikan bagi tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya perkhidmatan kerajaan tidak terjejas.

3.1.8 Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan pencen terbitan kepada anak / tanggungan OKU bagi penjawat awam yang meninggal dunia.

3.1.9 Kaunseling kerjaya adalah satu bidang kaunseling yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya sebagai proses yang mudah dalam membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Model analisis pekerjaan ini adalah satu model baru yang diubahsuai daripada model yang diperkenalkan oleh Frank Parsons.

4. LATIHAN KEMAHIRAN DAN PELUANG KERJAYA

4.1 JKM membantu mendapatkan kerja di sektor perkhidmatan kerajaan atau swasta, latihan dan kemudahan tertentu disediakan melalui kerjasama agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun di bengkel-bengkel terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani, Bengkel Tendong, Bengkel Seri Sembilan, Bengkel Ipoh, Bengkel Alor Setar, Bengkel Bayam atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela. Di antara pekerjaan yang dijalankan OKU ialah melipat sampul surat, menjahit beg seminar dan


percetakan. Dalam bidang percetakan bengkel terlindung menyediakan latihan kepada OKU yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan.

4.2 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan Program Sekolah ke Kerjaya (SKK) dalam beberapa mata pelajaran tertentu bagi membolehkan pelajar mengenali dunia pekerjaan dan mengetahui peluang-peluang pekerjaan yang bersesuaian bagi diisi oleh mereka. KPM juga berusaha memperluaskan bidang kurikulum bagi pelajar kurang upaya penglihatan supaya dapat dijadikan pengetahuan asas dalam kerjaya mereka melalui pengenalan mata pelajaran yang bercorak kemahiran hidup dan matapelajaran teknik dan vokasional. Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, KPM membuka peluang kepada golongan OKU (penglihatan) dan OKU (pendengaran) bagi mengisi jawatan sebagai guru dengan menawarkan kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan tempatan.

4.3 Kementerian Sumber Manusia , khususnya Jabatan Tenaga Rakyat memainkan peranan membantu pencari-pencari kerja termasuk OKU (penglihatan) mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kelulusan, latihan, minat dan pengalaman mereka. Jabatan ini juga membantu majikan-majikan bagi mendapatkan pekerja-pekerja yang sesuai dengan kehendak dan keperluan majikan itu sendiri.

4.4 Jabatan Perkhidmatan Awam ini akan berusaha memastikan supaya OKU (penglihatan) mempunyai kelayakan dan kemahiran yang sesuai bagi memegang jawatan yang dipohon. Jawatan-jawatan dalam sektor awam yang sesuai bagi OKU (penglihatan) adalah pensyarah, tenaga pengajar, pegawai tadbir, guru, jurutrengkas, operator telefon, pegawai kerani, juruhebah dan penterjemah.
4.5 JKM Malaysia telah merangka beberapa program berkaitan latihan dan kemahiran dalam usaha bagi melengkapkan dan melahirkan golongan OKU supaya bersedia menempuh alam pekerjaan. Antara program-program yg disediakan ialah Program


Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal. Program Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal (Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi) telah menawarkan kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK ini ditawarkan kepada golongan kurang upaya anggota, berumur 18 – 40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer, pendawaian letrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu. Latihan Vokasional di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi juga menawarkan Kursus Vokasional seperti Pembantu Tadbir Sistem Makluamat (MLVK), Rekaan Fesyen dan jahitan (MLVK), Elektronik, Membuat Alat Sokongan (Protestik & Orthotik), Multimedia dan Pembuatan Kerusi Roda. Kursus Pra-Vokasional menawarkan kursus yang ditawarkan adalah Elektronik, komputer, lukisan dan jahitan.

4.6 JKM juga menyediakan pegawai-pegawai kebajikan masyarakat di peringkat negeri dan daerah untuk memberikan khidmat kaunseling dan penempatan kerja di gudang-gudang, kilang-kilang dan firma-firma swasta serta di bengkel-bengkel yang ditubuhkan dengan kerjasama persatuan-persatuan dan badan-badan sukarela yang berkaitan. JKM Malaysia juga mengadakan projek-projek khas melalui kerjasama kerajaan negeri iaitu Rancangan Perkampungan bagi OKU (penglihatan) seperti kerja-kerja dalam bidang pertanian, kraftangan, pertukangan dan ternakan.

4.7 Latihan vokasional yang dijalankan di Pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) meliputi aktiviti asas kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran asas vokasional dan cara penggunaan alatan pertukangan, pertanian serta peralatan-peralatan yang ada di rumah atau PDK yang merupakan penyediaan awal bagi melengkapkan diri OKU dalam membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka. Latihan vokasional yang disediakan dapat dikaitkan dengan peluang-peluang pekerjaan yang disediakan dan ditawarkan sama ada oleh pihak kerajaan mahupun swasta.



4.8 Kolej-kolej swasta seperti Lim Kok Wing Institute Creative Of Technology PJ, The One Academy Of Communication Design PJ, Cosmopoint KL, Klang, Malaysian Institute Of Art PJ, Mensa Art College dan PJ Art College yang telah dan bersedia untuk menerima pelajar lulusan Aliran Seni dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (SMPKV) yang lulus cemerlang dan berketrampilan sebagai pelukis sama ada pelukis profesional, pelukis potret dan pembuat hasilan kraf. SMPKV menawarkan Kursus Seni Halus selama 2 tahun.

4.9 Jawatan yang disandang oleh golongan OKU adalah daripada bidang professional sehinggalah ke buruh kasar. Antara sektor swasta yang memberi peluang kepada golongan ini bekerja adalah Kumpulan Guthrie Furniture Berhad, Telekom, Resort World Berhad, Land & General dan Pemodalan Nasional Berhad. Selain itu, terdapat juga restoren-restoren makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Pizza Hut, Shakey Pizza dan sebagainya pasar raya-pasar raya seperti Carrefour, Giant, Jaya Jusco, kedai runcit, kedai dobi, kedai bunga dan sebagainya sesuai diceburi oleh OKU (pendengaran) dan OKU (akal). Kerja-kerja seperti memasak, mencuci lantai, mengemas meja dan sebagainya mampu dilakukan oleh mereka. Apa yang diperlukan oleh mereka hanyalah peluang dan kepercayaan daripada pihak majikan.

5.0 Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di Negara ini berperanan membela nasib golongan OKU di Malaysia. Antara NGO yang bergiat dalam bidang ini adalah Persatuan Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan, KIWANIS, Bethany Home and PERKOB dan sebagainya dalam mencari peluang kerja untuk golongan OKU.
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (Malaysian Association For the Blind) adalah organisasi sukarela utama yang menyediakan perkhidmatan bagi OKU penglihatan. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Persatuan bagi Orang Buta Malaysia adalah seperti Kursus-kursus Pemulihan dan Latihan Vokasional, Perkhidmatan Pemulihan dalam Komuniti bagi OKU (penglihatan) di Luar Bandar,

Perkhidmatan Penempatan, Pusat Rotan dan Kraftangan, Pusat Sumber Braille, Program Pencegahan Kebutaan, Perkhidmatan Penglihatan Terhad, Asrama untuk Pekerja-pekerja Kurang Upaya Penglihatan, Program Derma Mata dan Jawatankuasa Bantuan kepada Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan.

5.2 Pusat Latihan Gurney (Gurney Training Centre) ini menawarkan kursus-kursus pemulihan dan latihan vokasional kepada OKU (penglihatan). Antara kurikulum formal yang dijalankan di pusat ini adalah kursus-kursus latihan vokasional seperti jurutrengkas, telefonis, kerja industri, pertukangan kayu, kraftangan, urut. Selepas tahun 1990 iaitu Kursus Kebolehan Menggunakan Komputer dan Kursus Pengatur Cara Perisian Komputer diperkenalkan. Kursus-kursus tambahan juga diperkenalkan seperti kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi membantu pelatih mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.


5. PROSES PENDAFTARAN MENDAPATKAN PEKERJAAN BAGI OKU

5.1 Pendaftaran OKU boleh dilakukan melalui 2 cara :-

5.1.1 Melengkapkan Borang ‘P’ yang boleh didapati daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO, Pertubuhan / Persatuan OKU dan Pejabat Penghulu / Penggawa.
5.1.2 Melayari laman web Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Pencari Kerja di alamat :-
WWW.MOHNGOV.MY


5.2 Calon akan diberi satu perakuan pendaftaran untuk simpanan dan rujukan. Tempoh sahnya selama 6 bulan.
5.3 Panggilan Temuduga
5.4 Menghadiri Temuduga
5.5 Penempatan
5.6 Calon Tidak Berjaya / Tidak Menerima Tawaran dikehendaki memaklumkan kepada JTK bagi membolehkan nama mereka dimasukkan semula ke dalam senarai mencari pekerjaan.
5.6.1 Calon yang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui usaha sendiri diminta memaklumkan ke JTK bagi tujuan mengemaskini rekod.

6. PEKERJAAN YANG BOLEH DISERTAI OLEH GOLONGAN KURANG UPAYA (OKU) MENGIKUT KATEGORI MASALAH

6.1 Kategori Masalah Pendengaran
6.1.1 Kerja-kerja pembersihan
6.1.2 Pelayan
6.1.3 Pekerja stor
6.1.4 Juruwang
6.1.5 Tukang masak
6.1.6 Kimpalan
6.1.7 Menanam / menjaga tanaman
6.1.8 Membuat kuih / kek
6.1.9 Membuat / memasang perabot
6.2.0 Melukis / membakar tembikar
6.2.1 Menyusun / menggam kayu
6.2.2 Juruteknik
6.2.3 Ahli sukan
6.2.4 Pelukis
6.2.5 Pereka fesyen
6.2.6 Pendandan rambut
6.2.7 Juruanalisis sistem
6.2.8 Juruanalisis sistem
6.2.9 Operator data entri
6.3.0 Kerja-kerja pengeluaran

6.2 Kategori Masalah Penglihatan
6.2.1 Menganyam / membuat perabot
6.2.2 Pensyarah
6.2.3 Tenaga pengajar
6.2.4 Pegawai tadbir
6.2.5 Guru
6.2.6 Jurutrengkas
6.2.7 Operator telefon
6.2.8 Pegawai kerani
6.2.9 Juruhebah
6.3.0 Penterjemah

6.3 Kategori Masalah Mental
6.3.1 Kerja-kerja pembersihan
6.3.2 Membuat makanan
6.3.3 Pelayan
6.3.4 Memasak
6.3.5 Mencuci lantai
6.3.6 Mengemas meja

6.4 Kategori Masalah Fizikal
6.4.1 Juruwang
6.4.2 Kerja-kerja pembersihan
6.4.3 Pelayan
6.4.4 Pekerja stor
6.4.5 Promoter barang
6.4.6 Operator telefon
6.4.7 Menanam / menjaga tanaman
6.4.8 Kerani


7. PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI AMERIKA SYARIKAT (USA)

Di USA fenomena pendiskriminasian terhadap orang kurang upaya adalah berlaku seperti juga di negara-negara lain, oleh sebab itu pelbagai akta telah dibuat oleh pihak berwajib khas untuk melindungi orang cacat dari terus di sisihkan dari arus kemodenan dan kemajuan negara, sepintas lalu kita akan lihat 3 akta pendidikan bagi orang cacat di USA.
i. Akta Pemulihan 1973 seksyen 504 yang menekankan penghapusan pendiskriminasian terhadap OKU
ii. Akta EHA dipinda kepada “The Individuals With Disablities Act” perkara 20 kod Amerika Syarikat seksyen 1400 (1990) yang menekankan pendidikan bermula 3-21 tahun, transisi ke dunia pekerjaan dan dana untuk OKU
iii. Elementary and Secondary Education (ESEA) (No child left behind) act of 2001
yang menghendaki semua kanak-kanak sekolah menjalani ujian penilaian dan menguasai 3M.

Di samping pelbagai akta, wujud badan-badan sukarela untuk golongan cacat di USA seperti pertubuhan NEC Amerika untuk menyokong dan menyuntik dana ke dalam program pembangunan golongan cacat. Kewujudan Pertubuhan Negara bagi menjaga kebajikan orang cacat Amerika ini akan meningkatkan penyertaan serta penglibatan yang sepenuhnya dan sama rata golongan cacat bersama dengan 54 juta rakyat Amerika dalam sama-sama mengikut arus kemodenan negara, tidak terkecuali wanita dalam semua aspek kehidupan. Nations Organization Disabilities (NOD) sebuah badan yang dibiayai oleh sektor swasta yang menjaga hal ehwal orang cacat Amerika telah ditubuhkan dalam 1982.








8. GOLONGAN KHAS di USA
Sebelum akta pendidikan orang cacat dibuat tahap pendidikan orang cacat adalah rendah dan kebajikan mereka seolah-seolah terabai. Ruang pekerjaan pula agak kecil untuk golongan cacat berbanding dengan penduduk secara umum. Banyak majikan yang takut untuk mengambil orang cacat dan mengaji mereka.
· Namun sejak kebelakangan ini majikan telah menunjukkan minat untuk mengambil dan mengaji orang cacat bekerja bersama mereka. Perkhidmatan awam persekutuan menggaji 200,000 pekerja-pekerja cacat atau 7% dari jumlah pekerja di di bidang-bidang tertentu.
· Pihak berkuasa Amerika memberi bantuan dan menyediakan peluang pekerjaan untuk orang-orang cacat bagi semua kategori kecacatan termasuklah veteran-veteran perang, penubuhan Team Teknologi Amerika Inc. 501 (c) (3) adalah bertujuan untuk mendidik, mewujudkan pekerjaan yang sesuai dengan golongan cacat tersebut.
· Pihak berkuasa USA juga menawarkan satu skim perumahan yang mampu yang akan menjamin individu-individu agar dapat menjalani hidup yang berkualiti, dan gaya hidup mulia. .
· Melalui komitmen, pengalaman, dan kepakaran, Team Teknologi Amerika Inc. akan membuat golongan cacat merasa terbela dan akan bersemangat untuk menjalani kehidupan seperti orang lain juga.
Becky Ogle, pengarah pegawai pasukan petugas presiden di pekerjaan untuk Adults dengan ketidakupayaan, berkata tiket untuk berkerja dan Insentif Kerja Pembaikan Tindakan 1999 memberi manusia dengan ketidakupayaan satu peluang pergi bekerja tanpa mempunyai kerugian ketika menjalankan rawatan kesihatan. Untuk sesetengah majikan subsidi gaji adalah juga penting ketika memberi peserta satu percubaan. Perkara terpenting untuk menyesuaikan individu dan untuk memastikan syarat-syarat yang pekerjaan dan jangkaan kerja telah dibuat jelas. Pelarasan seperti boleh menghendaki satu perjanjian khas tentang masa bekerja dan sebagainya.



9. KAJIAN PERBANDINGAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI MALAYSIA DAN DI AMERIKA SYARIKAT (USA)

Seterusnya kita lihat perbandingan peluang dan latihan kerjaya di Malaysia dan di USA adalah seperti berikut:-
9.1 Peluang dan latihan kerjaya di Malaysia, orang kurang upaya (OKU) mendapat penglibatan dari sektor awam, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Pusat Latihan Gurney (Gurney Training Centre) yang membantu OKU memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup OKU supaya mereka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai manakala di USA, orang cacat mendapat penglibatan NOD iaitu sebuah agensi swasta yang memberi bantuan pembangunan dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan orang cacat dengan kerjasama pertubuhan yang lain.

9.2 Di Malaysia, OKU mendapat insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada 5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan. Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurang upaya mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka. Manakala Di USA, satu gaji subsidi dibayar untuk majikan bagi satu tempoh sehingga 5 tahun.

9.3 Di Malaysia, melalui ‘Kod Amalan Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam mengikut kecacatan yang berbeza.
manakala Undang-undang di USA pula, hak dan keselamatan dalam perkhidmatan mereka tidak la terlalu di “highlightkan”.

9.4 Di Malaysia, terdapat 4 kategori OKU yang didaftarkan iaitu kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya akal dan kurang upaya anggota manakala di USA, kategori golongan cacat terdiri daripada kecacatan anggota, cerebral palsy dan ketidakupayaan psikiatri.

9.5 Di Malaysia, semakin ramai golongan OKU mendapat peluang latihan dan kemahiran vokasional dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, walaupun USA juga berpeluang mendapat latihan dan kemahiran vokasional namun akibat saingan yang hebat sesama mereka sndiri maka peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi orang cacat memerlukan saringan khas.



10. ASPEK-ASPEK PERSAMAAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI MALAYSIA DAN DI USA

10.1Di Malaysia dan USA mempunyai persamaannya dalam aspek adanya perkhidmatan kaunseling dalam kerjaya yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Kaunseling kerjaya adalah satu proses interpersonal yang direka bentuk bagi membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam pekerjaan (Brown & Book 1986).
11. KESIMPULAN

Kesimpulan kajian perbandingan peluang dan latihan kerjaya di Malaysia dan di USA di mana peluang dan kerjaya serta kebajikan golongan OKU di Malaysia adalah tidak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan peluang dan kebajikan oraang cacat di negara Amerika. Ini terbukti melalui adanya akta dan peraturan yang telah dikemukakan untuk melindungi kebajikan orang kurang upaya. Di samping itu juga penglibatan sepenuhnya daripada sektor awam, swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO), agensi- agensi dan persatuan-persatuan yang memberi banyak bantuan latihan dan kemahiran vokasional, keistimewaan serta kemudahan kepada golongan OKU. Berbanding persaingan sesama orang cacat yang besar terhadap peluang dan kemudahan serta latihan kerjaya di Amerika dari pelbagai aspek lain seperti pendidikan, emosi, sosial dan sebagainya.

RUJUKAN

Zinaida Ariffin. 2006. Kerjaya Untuk Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur : PST PROFESIONAL

Mohd Sharani. 2004. Mengurus kanak-kanak yang susah belajar. Kuala Lumpur : Universiti Putra Malaysia.

Norasmah Othman & Safari Bari. Keusahawanan dan Kerjaya kepada Golongan Berkeperluan Khas : 354-362

Ramlee. 2001. Penaksiran dan latihan vokasional untuk pelajar berkeperluan khas. Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sarkees, M.D. & Scott, J.L. 1986. Vocational special needs. Ed. 2. Homewood, Illinois : American Technical Publishers, Inc.

Zinaida. 2006. Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya. Pahang : PTS Proffessional.

Zainudin. Peranan Masyarakat dalam Mempertingkatkan Kerjaya Golongan Berkeperluan Khas : 402-406.

G:/CAREERS, VOCATIONS, AND JOBS.htm
WWW.disabilityworld.org/06-08 02/women/mailto:Marianne.zeister@nhf.no
G:/disabilities USA.htm
G:/ employment.htm
G:/ Kerjaya Orang Cacat Amerika
G:/Peluang kerjaya.htm

1 comment:

ct-sue said...

Assalamualaikum...
mohon bertanya dan bantuan Puan, bagaimana ingin saya dapatkan artikel/jurnal di rujukan puan di mana penulisnya ialah safani dan Zainudin? terima kasih