Monday, February 18, 2008

Ulasan Jurnal

Kemurungan di kalangan guru wanita

1.0 Pengenalan
Tugasan ini adalah berkenaan dengan memperihalkan dan mengupas 2 jurnal yang dipilih berdasarkan kepada (i) pola tekanan di kalangan guru-guru dan (ii) keberkesanan kaedah menangani tekanan, jurnal ini telah dipetik dari perpustakaan negara dan dari laman web Fakulti Pendidikan UTM.

2.0 Tajuk Jurnal yang di pilih

2.1 Jurnal pertama : Kemurungan di Kalangan Guru Wanita
Jurnal ini memperihal dan menceritakan pola tekanan ke atas guru-guru wanita di Malaysia iaitu disebabkan oleh :

i. Kekangan masa
Guru sering mengejar masa sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ataupun dalam pengurusan kehidupan seharian. Menurut Gold dan Roth (1993) guru-guru juga tiada masa senggang yang cukup untuk berekreasi atau tiada kemahiran untuk berekreasi menyebabkan tekanan yang dialami tidak dapat diatasi secara fisiologi, psikologi dan spiritual.

ii. Tekanan kerja
Sudah banyak diperkatakan oleh umum bahawa guru-guru di Malaysia pada masa kini mengalami tekanan kerja yang berat. Tekanan yang dialami kerana pertambahan beban tugas, peningkatan mutu pengajaran yang menuntut pelbagai inovasi dan latihan semula serta kemahiran ’coping’ yang rendah di kalangan mereka. Tekanan kerja yang berterusan secara jangka panjang akan menyebabkan seseorang akan mengalami psikosomatik dan tahap imunisasi badan akan menurun.



iii. Terlalu keletihan dan tekanan emosi
Guru-guru terlalu letih sehingga mengalami hakisan hingga tidak berdaya untuk berfikir mengatasi cabaran serta menangani perubahan yang akhirnya mereka mengalami kemarahan dan menolak perhubungan sesama rakan atau pasangan hidup. Hal ini juga akan menyebabkan guru-guru menjadi murung dan tidak pro aktif. Kes-kes kemurungan yang dialami oleh guru wanita ini kebiasannya berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon secara biologi.

iv. Mempunyai masalah peribadi dan kesihatan
(Zubaidah) masalah kesihatan serta masalah peribadi yang lain menyebabkan perkidmatan kaunseling diperlukan pada masa ini bagi setiap negeri dan daerah bagi mengatasi masalah kemurungan di kalangan guru wanita.

2.1.1 Mengenali kemurungan di Kalangan Guru Wanita
Ciri-ciri kemurungan adalah seperti berikut :
i. kehilangan minat dan hobi
ii. mengalami gangguan tidur
iii. hilang selera makan
iv. kehilangan berat badan
v. kurang keyakinan diri
vi. menolak perhubungan dengan rakan sekerja atau ahli keluarga
vii. menolak hubungan seksual jika sudah berkahwin
viii. suka mengasingkan diri
ix. hilang tumpuan pada perkara yang dihadapinya.


2.1.2 Punca-punca kemurungan di kalangan guru wanita
i. mengalami peristiwa pahit dalam kehidupan yang amat sukar dilupakan.
ii. mengalami trauma yang berpanjangan kesan daripada peristiwa pahit
iii. tinggal di kawasan sesak dan taraf sosioekonomiyang rendah.
iv. Mempunyai keluarga yang kucar-kacir
v. Mengalami tekana kerja atau burnout yang berpanjangan
vi. Kegagalan perniagaan atau kerjaya
vii. Dibuang kerja, masalah kewangan yang eruk
viii. Mengalami penyaki kronik
ix. Personaliti yang rendah

2.2 Jurnal kedua : Tekanan Guru Dalam Pendidikan dan Resolusi Penyelesaiannya
Jurnal ini mengulas tentang keberkesanan kaedah menangani tekanan di kalangan guru adalah seperti berikut :

i. Mengkaji semula beban tugas guru
Memandangkan bahawa di antara punca yang menyebabkan tekanan di kalangan guru ialah beban kerja yang mungkin memberatkan, maka kementerian perlu membuat kajian susulan dari semasa ke semasa untuk mengenalpasti masalah dan pelaksanaan terhadap penyelesaiannya.
Kementerian perlu mengkaji dan memperbaiki melalui strategi mengembalikan semula tugas hakiki guru iaitu mengajar dalam mengasak ilmu pengetahuan kepada murid di dalam kelas tanpa perlu memberi tumpuan berlebihan kepada bukan tugas hakiki.
Di antara langkah yang perlu ialah seperti penambahan guru, pengurangan murid di dalam sesebuah bilik darjah dan mengambil lebih banyak kakitangan perkeranian supaya guru dapat memberi tumpuan kepada tugas teras iaitu mengajar.

ii. Sokongan pihak pentadbir.
Young (1978) mencadangkan sokongan pihak pengurusan untuk melegakan kekecewaan guru-guru yang meningkatkan tahap kegelisaha/kerisauan. Guru-guru yang terpaksa berhadapa dengan pelbagai karenah murid memerlukan sokongan daripada pihak pentadbir dan rakan sekerja.
Bagi mengurangkan masalah tekanan, pihak pentadbir boleh menggunakan kaunseling campur tangan-krisis dan sistem sokongan sosial. Dalam pengurusan reaksi pekerja terhadap tekanan, pihak pentadbir boleh mengaplikasikan latiahan ketenangan, program kesihatan dan pengurusan masa.

iii. Peningkatan suasana kerja
persekitaran tempat kerja guru seperti suasana persekolahan dan bilik-bilik guru juga perlu diberi perhatian supaya persekitarankerja guru dapat diwujudkan dalam keadaan yang lebih selesa. Pendidikan adalah komunikasi di antara pelajardan pengajar di mana kedua-dua pihak turut serta untuk bersama perlu kepada keselesaan.
Suasana kerja perlu selesa dan sesuai dengan status guru sebagai pegawai dalam kumpulan pungurusan dan profesional. Semestinya sema pihak tidak mahu mendengar guru mula mendakwa bahawa dalam era moden ini masih terdapat suasana kerja yang tidak kondusif seperti isu kepadatan guru di dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan yang tidak sesuai serta mencukupi.


iv. Intensif perguruan
Johnston (1996) berpendapat bahawa penyataan intensif yang jelas merupakan salah satu daripada faktor yang mampu meransang pengekalan kualiti kerja dan mengurangkan tekana dalam bidang pendidikan.
Apa yang perlu dinilai semula adalah mengenai tugas guru yang terpaksa bekerja pada hari Sabtu kerana tugas-tugas tertentu berkaitan pendidikan seperti kelas tambahan. Setakat ini kerajaan tidak memperuntukan sebarang elaun tambahan kepada guru kerana terpaksa bekerja pada hari Sabtu walaupun ada kakitangan lain yang dibayar elaun khas jika bekerja lebih masa.

v. Pendedahan menangani/mangawal tekanan
Guru perlu diberikan pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti dan peka terhadap punca-punca yang menyebabakan tekanan. Patterson (1986) menyarankan kaedah inokulasi tekanan, kaedah ini bertujuan untuk meningkatkan pertahanan terhadap tekanan yang dihadapi oleh seseorang.

v. Teknik tenang diri
Kaedah ini adaalah baik untuk mengurankan tekana harian. Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara Progresif (Progressive Muscle Relation oleh Dr. Edmund Jacobson, 1902) dan juga beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan ibadat umum.

vi. Sesi sukan guru
Bersenam dan melakukan latihan jasmani dapat membantu manusia melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segara kan mempunyai otak yang cerdas. Dengan cara ini, mereka yang berkenaan dengan tekanan dapat memikirkan cara yang sesuai untuk berhadapan dengan tekanan tersebut tanpa mereka tersekat dalam suasana yang tertekan. Para guru perlu ditegaskan kementerian atau pihak sekolah untuk terlibat dalam aktiviti sukan seperti J-Robik dan beberapa jenis sukan ringan yang diwajibkan pada hari tertentu dengan jadual tertentu

3.0 Kesimpulan
Profesion perguruan adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha serta pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang mampu menyebabkan tekanan kepada individu, tetapi tidak bermakna bahawa tekanan pada tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu perlu dipandang sebagai satu perkara yang remeh. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat. Oleh yang demikian sudah semestinya kita sedia maklum bahawa kaedah menangani tekanan secara berkesan adalah amat perlu bagi mempertingkatkan dan memertabatkan status perguruan di negara kita.


4.0 Rujukan

Abu Omar bin Mos (1996). Punca dan Tahap Tekanan Pengurusan di Kalangan Pentadbir Sekolah Rendah. Tesis M.Ed. UM

Tajul Ariffin Nordin et. al (2007). Membina Pelajar Cemerlang : Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat. UTM

Http :// www.fp.utm.my/epusatsumber/Seminar/IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%209.pdf-

No comments: